Saturday, August 14, 2010

Mesin jahit tepi

IMG_1319

Mesin ini saya beli diawal tahun 90an, sewaktu saya aktif menjahit baju kurung sebelum berkahwin. Kegiatan tersebut terhenti apabila saya berkahwin dan dilantik sebagai koordinator program. Semenjak itu, mesin ini berada dalam stor. Warna pun dah berubah dari putih ke warna orange :) . Apabila diminta menjahit baju kurung Awin mesin ini dikeluarkan dari stor dan kini berada dirumah emak. Alhamdulillah, walaupun tidak digunakan untuk hampir 15 tahun, selepas diletak minyak, ia berfungsi seperti sedia kala (now we can see the difference between barang dulu dan barang sekarang). Hopefully ianya akan terus bertahan…

No comments:

Post a Comment