Saturday, March 24, 2012

Quilt pouch–Projek 2 jam

Sudah hampir seminggu tak pegang mesin jahit kerana menghabiskan tugasan PhD. Petang tadi terasa nak jahit sesuatu. So terhasillah bag ini yang disiapkan dalam masa 2 jam.

20120323_16503520120323_165101

Kain untuk beg ini ada nostalgia tersendiri (ssshhhhh tak boleh cerita). Bag ini berpandukan dari sebuah buku Jepun yang saya download. Tak faham sepatah perkataan pun, ikut gambar dan measurement sahaja. Oklah…suka sangat..rasa macam nak buat satu lagi..so terhasilah pouch ini pula yang dibuat dari kain cotton Jepun. Sebahagian besar dari jahitan kedua-dua bag adalah jahitan tangan sebab tu lama masa nak siapkannya. Bag-bag ini nampak kukuh sebab disandwich dengan lebihan binding buat quit anak saudara taufik.

Dimension bag ini lebih kurang 6 in X 4 in X 2 in.

20120324_00313620120324_003232

Cantik bag-bag ni…nak isi apa ye…

Direkodkan measurement for future reference

Badan bag – 20 cm X 25 cm. (buku Jepun measurement dalam cm).

Lengkuk untuk dipotong dipenjuru kain – 7 cm X 7 cm

No comments:

Post a Comment